Cita-cita atau cinta?
Tak bolehkah mereka bergerak seiringan?
Kenapa selalunya hanya perempuan yang perlu korbankan cita-cita?
Mungkin aku belum lagi menghadapi situasi yang merungsingkan ini: apabila terpaksa memilih satu, yang mana yang lebih menjadi prioriti? Mencapai cita-cita tapi kesunyian. Tiada peneman di sisi untuk berkongsi kejayaan. Ataupun memiliki cinta yang terindah dalam hidup tapi cita-cita yang diimpikan sejak di bangku sekolah ditinggalkan sepi. Alangkah bertuahnya mereka yang memiliki kedua-duanya..
Mungkin aku bukanlah orang yang romantik tapi aku lebih suka bercakap tentang fakta. Perempuan TIDAK mempunyai pilihan. Jika anda dengan yakin berkata, “Oh, aku tidak perlu bersama dengan lelaki yang tidak menyokong cita-cita dan kerjayaku”. Adakah anda akan jumpa lelaki yang lebih baik dan setia terhadap anda lagi? Selalunya anda cuma bertemu dengan seseorang yang tepat sekali sahaja dalam hidup. Nisbah lelaki dan perempuan di Malaysia sangat besar bezanya. Aku tak pasti buat masa sekarang tapi selalunya lelaki yang lebih baik di luar sana adalah suami orang.
Ayah aku pernah berkata, yang meruntuhkan pohon adalah bahan yang sama dengan pohon juga.. Hulu kapak kan kayu. Hanya berlian boleh memotong berlian. Sama juga dengan yang menghancurkan hati wanita, wanita juga. Lelaki pun salah juga tapi tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Berbalik kepada topik, jika lelaki itu belum bersedia untuk settle down, beri dia masa. Tempoh itu anda gunakan sebaiknya untuk membina self esteem dan kerjaya anda. Bila lelaki itu sudah bersedia, just say yes! Jangan fikir lagi atau anda akan menyesal. Percaya dengan apa yang dia telah rancang untuk anda. Contohnya, kalau dia nak anda duduk kat rumah tu maksudnya dia mampu la kan..
In relationship, you have to dream the same dreams. Either somebody compromises (without bitterness), or you move on.
Semakin malas
Mari kita lihat apa yang ouda makan untuk makan tengahari hari minggu:

Nasi goreng je? Bertuah betul.. Dah la guna perencah je. Memang malas. Kalau bakal mak mertua tahu, memang terus tak jadi diambil menantu..Haha.Biasa la orang bujang.. Lagipun membazir je masak macam-macam. Siapa nak makan nanti? huhu.. Ni kan makan untuk seorang je. OK la tu. =p
New year’s resolution
Aku dah senaraikan semua yang perlu aku lakukan tahun ini…hehe
1. Selesaikan THESIS master dan grad tahun ini juga… Huhu.. Aku sedang berusaha!!
2. MAAFkan semua orang setiap malam sebelum tidur. Ada seorang pakcik pernah bercerita pada aku. Dulu masa zaman Nabi Muhammad S.A.W., ada seorang sahabat(dah lupa nama.hehe) telah dijanjikan syurga. Seorang lagi sahabat (pun aku lupa nama..hehe..i’m not good in remembering names) cemburu la bila nabi kita cakap gitu. Beliau pun bermalam di rumah sahabat yang telah dijanjikan syurga itu dan lihat sahabatnya hanya melakukan ibadah wajib tapi setiap malam sebelum tidur beliau memaafkan dan mendoakan semua orang. Nampak macam mudah kan. Di mulut kita boleh kata yang kita sudah memaafkan, tapi di hati? Allah sahaja yang tahu…
3. Take a good care of my mental and body. Dulu aku bangga betul dengan metabolisme aku yang sangat tinggi, makan macam naga (masa sekolah dulu dipanggil naga..haha) pun badan tak naik. I’m turning 25 this year! Aku kena terima hakikat yang metabolisme aku sudah tidak sehebat dulu. Kini, kena jaga pemakanan, bersenam, dapat tidur yang cukup (susah ni), dan elakkan tekanan (lagi susah!).
Body’s best friend..huhuhu
4. Berjimat! I’m bad with money. Uwaaaa.. Jadi, aku akan kurangkan kunjungan ke pusat membeli-belah kecuali benar-benar perlu sahaja. So, no window shopping for me anymore because I’ll end up buying something in the end!!!
5. Dapatkan kerja yang bersesuaian dengan minat dan kelayakanku.. I must find it fast so that the next resolution will be accomplished. Ahaks!
6. Get engaged in the end of the year.. On my birthday maybe… =)
Sick or homesick?
Sejak semalam pening..
Masuk angin sebab lambat makan kot..huhu
Ni memang betul-betul menguji minda dan fizikal aku untuk siapkan thesis..
So semalam aku tengok dvd pirate new moon dan love happens.. uhuh memang sangat membosankan..
Berusaha ouda..berusaha!!!
Tahun depan dah nak….tutttttttt..
HEEEEE
Kenapa jenama louis vuitton sangat mahal?
Kita bukan sahaja membeli barangnya dengan kualiti yang sangat tinggi malah sejarahnya. Menurut lagenda, hanya bagasi yang disimpan dalam beg LV sahaja yang terselamat dalam kapal titanic yang telah karam. 

Setiap satu beg yang dihasilkan melalui kawalan mutu yang ketat. Zip beg dibuka dan ditutup sebanyak 2ribu kali!
Bagi penghasilan cermin mata atau ’sunglasses’ kajian dilakukan selama 2 tahun sebelum produk dipasarkan untuk pengguna.
Walaupun LV sangat terkenal dengan beg, rekaan kasut tidak kurang hebat juga. Ini antara kasut yang telah masuk dalam ‘wish list’ aku..huhu







Banyak laman web yang menjual klon barang LV dan mereka yakin bahawa sukar untuk membezakan yang asli dan klon..urmmm..Hanya jauhari yang mengenal manikam.. =)
Potong Queue
Dari dulu lagi aku memang pantang dengan orang yang suka potong queue ni..Ish..Menyusahkan orang.Orang-orang begini tumbuh melata di mana-mana sahaja..
Masa naik bas atau pengangkutan awam lain.
Masa tunggu teksi.
Masa beratur nak beli makanan.
Masa jem teruk gila kat jalan raya.
Ada tak orang-orang ni(gaya aku tulis ni macam untuk ‘orang-orang’ kat sawah padi je..haha) pernah terfikir mereka yang menyebabkan kesesakan menjadi bertambah sesak?
Hoho..
Aku geram sebab pagi tadi jalan sesak then ada seorang minah ni cuba nak cantas jalan aku..Amboi..
Harap muka je cantik..Perangai tak cantik langsung..Insan-insan belakang aku boleh sabar, kenapa tidak anda? Anda bukan sahaja mahu memotong jalan aku tetapi semua orang di belakang aku. Faham tak?
Mungkin sekolah memandu tak ajar etika dan cara untuk bersopan-santun di jalan raya, tetapi kan kesopanan dan kesusilaan ada dalam rukun negara..Kalau pun terpaksa memotong kerana sakit perut dsb, KENAPA TAK BAGI SIGNAL?
Budi bahasa budaya kita..
I wanted to smile…
I wanted to smile
so sweet
so beautiful
you once said
I wanted to smile
peacefully
like a baby
but many things inside my brain
stop me
I wanted to smile
really…
just give me time
I wanted to smile
please
smile first
and tell me I am the only one…
CANTIK KE???
“Beauty is in the eyes of the beholder“
Aku sangat bersetuju dengan ayat di atas. Aku tak payah nak cerita pasal orang lain, pasal aku cukup la. Aku tak pernah dikatakan cantik. Pertama kali ada orang kata aku cantik ialah masa aku 1st year kat U. Lepas orang pertama tu, ada la beberapa orang. Masa sekolah dulu lagi teruk. Cakap muka aku macam orang kampung. Ye la aku gelap. Aku sekolah di Kuala Lumpur dari tadika sampai Form 3. Helo, aku lahir dan membesar di sini ye. Dah gene yang membentuk aku ni memang berasal dari kampung. Habis tu, parents korang tu memang bukan asal kampung ke? Bila raya korang cerita pulak kat aku yang korang tu balik kampung. Jadi korang bukan asal orang kampung jugak ke? Muka korang ‘bandar’ sangat ke? Sampai sekarang aku tak tahu muka ‘bandar’ tu macam mana. Muka pan-asian la kot.. Lantak la. Muka aku macam ini maksudnya memang muka melayu la kan..
Aku bukan nak ungkit hal yang lepas, ni pasal ayat pertama di atas. Sejak dulu lagi, semua orang memandang rupa paras je semata-mata. Sampai nak mengundi untuk apa-apa rancangan realiti pun kita tengok rupa dulu baru bakat. Ayah aku pun suruh aku cari bakal suami handsome.. Haih….
Bagi aku orang yang cantik adalah gabungan rupa dan sikap yang baik. Tapi aku tak kata orang yang baik tapi rupa tak cantik, tak menarik ye. Dulu aku pernah admire seseorang yang physically tak menarik tapi aku suka sikap dia. Kalau rupa buruk, sikap lagi buruk, tiada sesiapa pun nak memandang tau…Tapi ini bukan la lesen untuk orang yang cantik berperangai buruk. Aku bukan kenal seorang dua tapi ramai yang mempunyai rupa yang cantik tapi sikap yang buruk! Bukan nak mengutuk tapi mengingatkan aku sendiri juga supaya menjaga sikap. Paling penting ialah cantik di hati anda!!!
Jadi lepas ni kalau korang nak tanya aku. “Eh cantik/hensem/comel tak orang tu?” Aku takkan betul-betul ikhlas bagi jawapan kecuali setelah mengenali sikap SEBENAR orang tersebut.
Kem, kenduri kahwin, dan conference
Jun 2, 2009
Dikirim dalam aktiviti
Label: conference, kem biro tatanegara, pengapit
Haaa… bertemu kembali wahai blog yang kurindui..heee
Banyak perkara yang perlu dilakukan kebelakangan ini. Nasib baik la aku ni bujang lagi. Kalau tak, mesti lagi la ‘busy like a bee’..haha. 18-22 mei aku kena pergi kem biro tatanegara di ulu sepri, negeri sembilan. Sebelum datang tu memang menyumpah-nyumpah. Tak suka betul. Sejujurnya ni la kali pertama aku pergi kem. Memang tak pernah pergi kem bukan apa tak pernah dilepaskan oleh parents. Nak ke tak nak kena pergi jugak kem ni sebab pihak yang bagi scholarship dah suruh pergi. Amboi-amboi, kau dah ambil duit then tak mau pergi pulak ye..Banyak cantik!!! thanks (ceh..perasan)
Tu masa mula-mula je. Lepas 3 hari kat hutan yang cuma dapat line celcom je..Aku memang suka sangat berada di sana walaupun terpaksa berjauhan dengan seseorang.uhuk2.. Lepas ni kalau ada kem yang fully sponsored macam ni, tolonglah list nama aku sekali.Aku akan pergi dengan penuh rela hati..HEEEEE
Next, kenduri kahwin..Opps bukan aku, tapi my bff (best friend forever) aku..Belum sempat aku merehat-rehatkan diri selepas kem yang memenatkan tapi menyeronokkan tu, aku jadi tukang kipas on her wedding. Dia memang sengaja pilih tarikh majlis persandingan sama dengan birthday dia, 24 Mei. Urmm..Macam best jugak kan. Aku pun bagi hadiah satu je la..Jimat.Heee. Aku tak dapat lagi gambarnya.Lagipun mesti la aku huduh berpeluh-peluh sebab tak henti-henti kipas pengantin.huhu.. Tak kisah la kan. Yang penting pengantin sentiasa cun sepanjang majlis. Semoga berkekalan hingga hujung usia. Amin…
Baru je semalam aku siapkan poster untuk ICORAFSS 09 yang akan diadakan di The Zone, JB. Mulanya nak join oral presentation tapi dah dapat poster presentation nak buat macamana kan.. Petang ni nak pergi sana, nak tampal poster ni..

Conference ni berlansung 2-4Jun..Ada dinner tapi aku kurang pasti bila…Nak pergi ke tak ye..Tak tau lagi la.Tengok la dulu…
